Mar 18, 2009

TiDuR.... ZzZzZZZzzzz...........

Tidur ialah keperluan asas yang diperlukan oleh manusia, seseorang itu menghabiskan masa satu pertiga dalam hidupnya untuk tidur. Tidur ialah satu proses pengembalian. Semasa kita tidur, otak kita akan melalui tiga tahap tidur: cetek, dalam dan REM (rapid eye movement). Tidur akan menyegarkan, memulih, dan mengembalikan tenaga kepadabadan and otak kita. Sistem imun kita akan dikuatkan, sel-sel akan bertumbuh dan diperbaiki, dan badan kita dapat menyimpan tenaga.

Berapa lama tidur yang kita perlu?
Keperluan tidur seseorang bergantung kepada banyak faktor, termasuk umur. Bayi biasanya memerlukan 16 jam sehari, manakala remaja memerlukan 9 jam. Untuk dewasa, masa tidur selama 7 ke 8 jam adalah mencukupi, walaupun sesetengah orang mungkin hanya memerlukan masa tidur selama 5 jam atau sesetengah orang memerlukan masa tidur selama 10 jam.
Tidur terlalu kurang akan menghasilkan satu “hutang tidur”, di mana lebih kurang sama dengan terlampau mengeluarkan wang dari bank. Lama-kelamaan badan anda akan memerlukan hutang tersebut dibayar balik. Kita tidak kelihatan untuk dapat kurang tidur daripada apa yang kita perlu, manakala kita akan menyesuaikan diri dengan jadual tidur tersebut, di mana keputusan yang dibuat kita, masa untuk bertindak dan fungsi lain akan terus terjejas.

Perkara yang boleh anda buat untuk membantu anda untuk mendapat tidur yang
lebih berkualiti.


1. Tentukan satu jadual masa untuk tidur / bangun

- cuba tidur pada masa yang sama setiap malam, badan anda akan menyesuai diri dengan jadual itu dan akan bersedia untuk tidur bila sampai masa tersebut.


2. Elakkan kafein, nikotin dan alkohol pada masa petang lewat dan malam
- kafein dan nikotin akan melambatkan masa tidur anda, dan alkohol akan mengganggu tidur anda pada malam nanti.


3. Elakkan makan dengan banyak sebelum tidur
- makan secara banyak akan menyebabkan sistem pencernaan dalam keadaan aktif dan ini akan mengganggu tidur.


4. Selalu bersenam
- bersenam pada siang hari dapat membantu anda tidur dengan nyenyak pada waktu malam, tetapi senaman yang banyak dalam masa dua atau tiga jam sebelum tidur akan meningkatkan suhu badan anda dan menyebabkan anda susah untuk masuk tidur.


5. Mempertimbangkan keadaan tidur anda
- Tempat tidur hendaklah selesa, gelap dan senyap


6. Adakan satu kebiasaan sebelum tidur
-buat aktiviti relak yang sama setiap malam sebelum tidur, seperti mandi dengan air panas, membaca atau mendengar kepada muzik yang tenang. Badan anda akan tahu sampainya masa untuk tidur.


7. Tidur awal setiap malam untuk satu jangka masa tertentu, ini dapat memastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.


8. Jika anda mempunyai masalah untuk tidur, jangan tidur pada siang hari, kerana ia akan mengganggu anda untuk tidur pada malam.


9. Jika anda tidak dapat masuk tidur dalam masa 30 minit, jangan guling di atas katil. Bangun dan buat aktiviti yang dapat menenangkan anda, contoh dengar lagu yang tenang atau membaca buku sampai anda berasa menggantuk. Cuba menenangkan fikiran anda, jangan guna masa ini untuk menyelesaikan masalah harian anda.
Mr. Kipas, praktikkan ekh....

6 comments:

Kipas said...

haiii... perli nampak...:f

HuRry aDam said...

hahahaa..mari2 tidur!! : )

Kapten Luffy said...

aku tidur dalam 5-7 jam...

sebelum tidur aku makan atau minum kopi kadang2... huhuhu

dan hujung minggu masa aku bayar hutang tidur... ;p

Dba Ghani said...

oh...aku pun sama mcm lanun gak..
coz,aku terlajak gak x tdo..hehee

cikNiarun said...

tetibe rase cam nak tdo plak skag..hihi

Anonymous said...

kroihhh3...
nbie889 sedang tidur...
zzzzzz...

Klik Iklan Di Bawah