Apr 2, 2009

Tempatkan Bilik Ku Di Neraka

hari nie aku dapat email dari sahabat baek mr daus.. citer yg baek tok jdk kan renungan bersama..


*********************************

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... "
nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek:
"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,"
katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.


Sumber: Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

www.iluvislam.com

22 comments:

ULuN said...

:f
takowt nye..
alamak..! xley la kai baju plek2..
perli baju yg Ulun nak beli ke Mr.Kipas??

- iNtaN @ kEcHik - said...

Allah Maha Berkuasa..
tu la sbb men2 ngn hukum2 Allah..

smg cite nie menginsafkan aku..huhuuhuhhu~ :((

HuRuL_Aini said...

subhanallah...
thanks for sharing a very good input...sama2 la kita muhasabah diri kita. :)

Kipas said...

xde keje nak perli... byk keje laen lagi nak wat...:)) saje nak sharing... kate sharing is caring... lalala~

GeNeRaSi MaLaYSia said...

bgs info ni..
de x maktub hanya untuk sesi "pakwe n makwe" je tau..hohoho...

sharamli said...

tq 4 diz..
=)

.kakijalan. said...
This comment has been removed by the author.
.kakijalan. said...

cerita yang sangat bagus untuk kaum hawa. ramai perempuan yang ambil remeh perkara macam ini. semoga mendapat iktibar daripada cerita tersebut.

Nemo said...

wah ! dahsyatnye . jd takut lak bell . hehe :$

athirah said...

ermmm.... semoga kte semua di kalangan org2 yg beriman... AMIN...
minta jauh la... HUHUHU....

aku hUnNy (^_~) said...

sgt mnakutkan..mnx2 d jauhkn r..AMIN..

45927 2326 said...

I heard of this story before. But the one that I heard tells that the girl got striked by lightning once she had her last insulting word

kEy said...

uih pmpn tu mmg sgt biadap meh cakap cmtu~

Cik Angah said...

hmm..cik angah pernh terbaca kisah ini...nilah..bile Allah sebut `kun fayakun`..maka jadilah,jadilah ia...

panggil aku sheh said...

aah.. cite ni baru bukak tadi
lam iluvislam..
artikel 2008 kowt..rsenyela.

inn said...

inn pakai baju besar2..haha

♥ Cik Ca said...

erk... tatOt nyer...
huhuhu.. mtak selisih lar...
tu la die.. jgn permainkan ape yg telah ditentukan..
dilaknat Allah...
mtak2 kte dijauhkan..
aminnn..

NORALIZA BINTI SOKHAIMI said...

salam...
nk mintk pndpt korg la...
sy ade gak kwn yg bile di tegur bab tutup aurat ni ade jer bende yg mulut dorg nk jwb...
slalu dorg akan ckp cmni... "ala,xsemestinye yg pkai tudung n pkai pakaian yg menutup aurat tu baik. ade jgk yg wat xsenonoh..."
klu korg ape korg jwb ek?

Igniz said...

cite yg sgt bagus dibuat pengajaran..

kpd cik noraliza: silalah beritahu kwn anda tu..jgnlah sibuk samada org yg bertudung litup itu baik ke buruk..sibuk2kan lah bertanya pada diri sendiri...kerana iman seseorg itu dipantulkan melalui budi pekerti dan pemakaiannya..jika buruk pakaiannya, maka buruklah imannya..dan jika dia sudah bersolat dan beramal jariah, namun pakaiannya masih buruk disisi agama, maka solatnya dan amalannya, tidak sampai kepada Allah...ada la yg tak betul kat situ..begitu juga dgn gadis2 yg bertudung litup..jika diorg masih bersikap buruk, maka ada lah yg tak betul dalam amalannya..renung2kan.:)

CitY said...

org pompuan suka pakai ketat2 utk tarik perhatian laki2.bestnya kalo ade org duk usha2 kat kite dr jauh.betol tak??..

hakikatnya yg pandang pompuan tu sebenarnya adalah pandangan syaitan.si lelaki dpt dosa sb duk tgk aurat,si pompuan dpt dosa sbb tunjuk aurat..

bukan menyindir,tapi sesetengah dari kita yg berperangai seperti ini..

yOnnA said...

err..
insaf..
ni kisah benar ke? :(
kenapa celupar sgt mulut pompuan tu?
dia tak tahu ke ALLAH maha berkuasa dalam alam ni!
takutnya mati dalam keadaan gitu :(

Ir. hydir said...

sesungguhnya janji Allah itu benar
hidup itu benar
mati itu benar
syurga itu benar
neraka itu benar
siksa kubur itu benar

kenapa akal kita yang dangkal nak menolak kebenaran?

Klik Iklan Di Bawah