Mar 9, 2009

Hari Wanita Antarabangsa, 8 Mac...

Wahai semua insan yang membaca blog nie.. Apa perasaan korang baca tajuk HARI WANITA ANTARABANGSA tue? Yang pasti, sang wanita sudah tentu terasa di hargai bukan.. Sang lelaki pula mesti tertanye2 ble pulak Hari Lelaki kan.. Hehe.. Memandangkan Ulun seorang wanita, Ulun x check plak wujud ataw tak Hari Lelaki.. Biar Mr.Kipas yg cr.. Itu pown, law die rajin.. Kat sini, ada serba sikit TRIVIA pasal Hari Wanita Antarabangsa...

1908
Debat tentang kesaksamaan gender mula diperkata. Di New York, seramai 15,000 wanita berkumpul dalam satu tunjuk perasaan meminta bayaran gaji yang setimpal, masa kerja yang lebih dan hak untuk mengundi.

1909
Parti sosialis Amerika telah mengisytiharkan Hari Wanita Nasional pertama pada 28 Februari. Sejak itu, sambutan Hari Wanita diadakan pada Ahad terakhir bulan Februari setiap tahun hinggalah tahun 1913.

1910
Pada satu persidangan bertajuk WORKING WOMAN di Copenhagen, seorang wakil dari Jerman, Clara Zetkin mencadangkan untuk mengiktiraf Hari Wanita peringkat antarabangsa. Beliau juga mencadangkan bahawa satu tarikh khas untuk sambutan itu dan cadangannya diterima baik oleh semua wanita dari 17 negara yang hadir pada persidangan tersebut.

1911
Hari Wanita Antarabangsa julung kali di sambut di Austria, Denmark, Jerman, dan Switzerland pada tarikh 19 Mac. Seminggu selepas itu, iaitu 25 Mac, satu kebakaran besar berlaku di New York yang meragut 140 pekerja wanita yang kebanyakannnya terdiri daripada warga Itali dan Yahudi. Insiden ini telah menyebabkan kempen keselamatan pekerja wanita di Amerika menjadi fokus perbincangan pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

1913
Satu perbincangan di kalangan wanita berpengaruh di Rusia telah mengubah tarikh sambutan Hari Wanita Antarabangsa kepada 8 Mac. Tarikh sambutan tersebut kekal sehingga kini.
1917
Pada hari sambutan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, wanita Rusia menimbulkan kekecohan menerusi kempen Bread n Peace ekoran kematian 2juta askar Rusia dalam peperangan.

1918 ~ 1999
Hari Wanita Antarabangsa mendapat pengiktirafan penuh dunia dan disambut dengan meriah di seluruh dunia. Sejak tahun ini banyak persidangan diadakan setiap tahun bagi membincangkan hak serta perlaksanaan undang-undang dan akta yang melindungi serta mengiktiraf wanita dari pelbagai aspek.

2000 ~ kini...
Hari Wanita Antarabangsa menjadi hari rasmi bagi beberapa negara besar di dunia. Sambutannya disambut seakan Hari Ibu. Anak, abang, suami akan memberi hadiah dan bunga kepada wanita dalam keluarga...


Kini, lebih ramai wanita terlibat dalam pentadbiran syarikat, politik dan kesaksamaan gender telah mencapai matlamatnya dihampir seluruh negara di dunia...

So, renung2kan la.. Hehe.. Jika anda seorang lelaki, hargailah wanita di sekeliling anda.. Wahai wanita, berbangga lah kerana anda seorang wanita... Peace...!

5 comments:

CikYana(",) said...

semestinye cik yana amat2 bangga
kerana cik yana adlh seorg wanita
peaceeeeeeeee

nurain said...

tetiba teringat lagu elite

akulah wanita
lalala..
jangan kau cabar..

huh..

girl power 2!

selamat hari wanita wahai wanita2 semua~

Kipas said...

yah!!
SELAMAT ARI WANITA

:))

Kipas said...

Hari lelaki erk??:?
ade ker?? cm xde jerk... hmm... xpe la... nnti kipas nak anjurkan ari laki sedunie...:)) sian gak kat laki... nak gakk ari laki... kan2??

sape laki kat cni?? angkat tangan!!

ULuN said...

memang xda pown ari lelaki!
hehehe..

to : nurain..
law ulun kan,
lirik yg plg ulun engat yg berkaitan ngan wanita n elite,

TAMPARAN WANITA...!

hahahaha....

Klik Iklan Di Bawah