Mar 11, 2009

Percayakah Anda Pada Si Dia??

Memang mudah untuk kita jatuh cinta biarpun pada seorang lelaki yang tidak boleh dipercayai.. Tetapi, untuk kita hidup bersama lelaki seperti ini buat sepanjang hidup, itulah yang sukar dilakukan.. Hakikatnya, satu perhubungan yang berkekalan dibina atas dasar kepercayaan. Ia menjadi asas dalam perhubungan kerana mampu mencipta satu persekitaran yang selamat untuk meniupkan api kemesraan... Untuk memastikan perhubungan itu berjaya, anda perlu menaruh kepercayaan pada si dia termasuk berkongsi kisah silam, masa kini dan kehidupan akan datang bersamanya..

Namun, kepercayaan tidak akan datang dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa yang panjang dan usaha dari diri sendiri.. Jika seseorang itu sanggup berusaha untuk membina kepercayaan, mereka akan memperoleh ganjaran tidak terhingga iaitu satu perhubungan yang memang dididamkan..

TONJOLKAN DIRI ANDA YANG SEBENAR

Melalui kepercayaan, anda tidak kisah untuk mendedahkan siapa diri anda yang sebenar. Mungkin, kali pertama bertemu banyak cara telah digunakan untuk memikat hati si dia. Namun, kemesraan hanya akan timbul apb kedua2 individu sedang memadu kasih itu benar2 mengenali diri masing2.. Pasangan perlu menegenali diri anda yang sebenar bagaimana keadaan jika anda keletihan, marah, kecewa, atau gembira. Si dia perlu mencintai atau menyayangi diri anda seadanya, bukan mengharapkan anda menjadi individu seperti yang dia ingini.. Keadaan itu akan menyebabkan perhubungan tidak akan kekal lama.. Seseorang itu sebenarnya akan rasa lebih tenang jika mendapat tahu bahawa dia dicintai kerana dirinya, bukan disebabkan perkara atau terpaksa berpura2 menjadi orang lain. Perasaan itu juga akan membuatkan anda menjadi individu yang lebih jujur tanpa timbul rasa takut pada penolakan.

BERKOMUNIKASI SECARA JUJUR

Kepercayaan membuka pintu pada satu komunikasi yang jujur.. Sukar untuk anda berkomunikasi secara jujur sekiranya selalu mempunyai anggapan lain terhadap apa yang bakal anda lakukan.. Contohnya, apabila ingin melakukan sesuatu, mula memikirkan bagaimana reaksi si dia dan ia juga akan memaksa anda untuk menyusun semula pandangan anda yang sebenar untuk memenuhi agenda si dia. Komunikasi memerlukan penumpuan. Dr.Geri Forsberg dalam artikelnya, 'Kenapa Diri Sukar Berkomunikasi' telah menggariskan lima panduan untuk membantu seseorang itu berkomunikasi secara efektif.

Tanya Soalan.
Jangan beranggapan anda memahami apa yang si dia maksodkan.

Dengar.
Anda juga perlu mempunyai keinginan untuk menjadi pendengar agar diri memahami pandangan pasangannya.

Memerhati dan sanggup mengesahkan maklumat yang diperolehi. Langkah mendedahkan informasi mengenai diri sendri sebenarnya dapat membantu orang lain memahami diri anda anda sebagaimana anda memahami mereka.
Ingat, kasih sayang akan menutup banyak keburukan. Jika motif anda adalah untuk memahami orang lain dan menerima sesorang itu kerana diri mereka, maka ia akan membuatkan komunikasi menjadi lebih mudah. Tetapi, jika ingin seboleh2nya meyakinkan mereka bahawa cara anda paling tepat, ia sebenarnya bukan satu komunikasi. Malah, ia juga bukan cinta.
Bergaduh secara adil. Sebaik anda berjaya berkomunikasi, langkah seterusnya binalah kepercayaan pada pasangan anda. Sebabnya, ia dapat membantu untuk mewujudkan satu pergaduhan yang adil seandainya berlaku perselisihan pendapat. Anda perlu sedar bahawa bergaduh tidak dapat dielakkan andai diri ingin hidup bersama orang lain. Cuma, adakah pergaduhan itu akan memisahkan diri anda dengan nya atau ia mampu menyelesaikan konflik yang timbul dan membuatkan anda bertambah rapat? Semuanya bergantung sama ada anda bergaduh secara adil atau tidak.


UTUSAN MALAYSIA. Isnin, 9.Mac..


8 comments:

Kipas said...

ooo... patut la lame sangat kene tggu...

ULuN said...

hahaha..
siap selit tue sal KAKSHI..

baru la pick up nape mintak idea nak beli adiah pe.. rupe2nye, sume org kipas wat camtu.. hehehe..

Anonymous said...

adoiii...
ssh nyer...
complex nyer...
x phm kt.. huhu..
enck kipas?,ape yg ptt la lm sgt kne tnggu tu?
haaaaaaaaa...cam mnarik jer..
ade sorok ape2 eh dr kt.. hehe.. =p

kEy said...

eleh2..yeke tu? lalala~

nurain said...

Ingat, kasih sayang akan menutup banyak keburukan'


huuu..

Monkey D Luffy said...

aku suka cinta lepas kahwin... tak susah2 nak cintan cintun ni

ULuN said...

To: Monkey D Luffy
Ble pk2 balik, memang susah jugak nak bercinta.. Hehehe.. Tp, juz ekowt flow je, senang! Huhu..

To: Nurain
Ulun pown ske statement tue.. Huhu..

To: Key
Ulun pown tak pasti.. Juz interested kat topik nie, tp.. Serba sedikit, ada btowl nye.. Kan? Kan?

To: Anonymous
Complex ngat ekh? Hehe.. Sory coz Ulun susahkan Anonymous.. Nak pahamkan mende nie.. Hehe..

GeNeRaSi MaLaYSia said...

jawapan tok topik ni..
saya percaya..hohoho..

hmm ada gk ek bergaduh secara adil..br tau ni..

Klik Iklan Di Bawah